Thursday, January 24, 2008

Sakit Kepala?

1. Ramas daun sirih bersama seulas bawang merah dalam sebesen kecil
air. Jelum (jaram) kepala tu berulang-ulang sampailah lega!

2. Jaram dengan air ramasan daun bunga raya putih.
(Pure putih, bukan yang merah kat tengah!)

3. Jaram dengan ayaq asam jawa.
Yang ni eloknya waktu malam.

4. Gosok kepala dengan santan bercampur asam jawa
untuk membuka pori2 dikepala dan mengeluarkan panas
serta angin. Biarkan beberapa ketika baru le di basuh!

5. Bancuh sedikit asam jawa bersama seketul kecil ibu garam.
Airnya biar le suam. Baca Al-Fatihah dan minum dengan
niat untuk sembuh kerana ALLAH.